G Suite untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang
Keperluan dan gaya pembelajaran adalah berbeza mengikut pelajar. Itulah sebabnya kami mencipta produk Google for Education dengan mengutamakan kebolehaksesan, untuk membantu pembelajaran setiap pelajar, mendapat inspirasi dan mencapai potensi sebenar mereka.
Menjadikan alatan lebih mudah diakses oleh semua orang, di seluruh dunia
Pastikan lebih ramai pelajar mengambil bahagian, tertarik dan dimaklumi dengan Google for Education. Alatan kami direka untuk boleh diakses oleh seberapa ramai pelajar yang mungkin, termasuk mereka yang mengalami kecacatan fizikal dan deria serta ketidakupayaan pembelajaran yang tertentu.
-
Theresa Darroch, Timbalan Pengetua, Daerah Upper Grand
"Pelajar gred 5/6 saya boleh membuat sendiri dokumen, pembentangan slaid dan video menggunakan apl. Semangat mereka untuk menjangkau lebih jauh telah merebak."
Baca kajian kes -
David Crooks, Guru Sekolah Rendah, Sekolah Rendah Towerbank
"Kami bangga kerana dapat memberi pelajar kami pemilikan kepada pembelajaran mereka dan juga berkongsi kemahiran mereka dengan orang lain, seperti murid atau guru."
Baca kajian kes -
Chad Flexon, Penyelia Arahan, Perbandaran Harrison
"Semasa kami mula-mula mengenali ciri kebolehaksesan pada Chromebook dan G Suite, saya rasa kami tidak mengetahui manfaat besar yang akan kami peroleh untuk pendidikan khas. Kini kami melihat manfaat itu apabila kami membiarkan pelajar memikul sendiri bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan memberi mereka kebebasan untuk menghasilkan kerja."
Baca kajian kes
Ketersediaan ciri merentas G Suite for Education
Gmail
Calendar
Drive
Docs
Sheets
Slides
Forms
Sites
Classroom
Hangouts
Groups
Gmail
Hantar dan terima mel, urus kenalan dan susun mesej anda dengan teknologi bantuan untuk menyokong lebih banyak gaya pembelajaran.
Pembaca skrin
Membuka ciri pembaca skrin yang berkuasa dalam pengalaman yang disesuaikan dengan keperluan unik anda.
Pintasan papan kekunci
Buat pintasan papan kekunci yang cepat dan mudah berdasarkan pilihan anda.
Tema kontras tinggi
Jadikan Gmail lebih mudah dibaca dengan pelbagai tema berkontras tinggi.
Butang dalam bar alat Gmail anda
Ambil tindakan terhadap e-mel anda hanya dengan menggunakan butang tersuai dalam bar alat anda.
Dokumen
Gunakan Dokumen untuk membuat, mengedit dan bekerjasama mengusahakan dokumen dengan alatan bantuan untuk menyokong pelbagai keperluan dan gaya pembelajaran.
Pembaca skrin
Gunakan Dokumen dengan atur cara pembaca skrin yang serasi untuk mendengar teks dibaca dengan lantang dan mengedit, mengulas serta bekerjasama dengan mudah.
Paparan braille
Gunakan paparan braille untuk membaca dan mengedit dokumen.
Taip menggunakan suara anda
Biarkan suara anda mengarang dengan ciri berkuasa ini yang disertakan sekali dalam Dokumen.
Pintasan papan kekunci
Tetapkan pintasan pantas untuk perintah yang paling kerap anda gunakan dalam Dokumen.
Apl yang mudah diakses oleh lebih ramai pelajar
-
Borang
Edit borang dengan pembaca skrin dan sediakan pintasan papan kekunci pantas untuk kebolehaksesan yang lebih baik.
-
Kalendar
Gunakan Kalendar dengan perisian pembaca skrin yang serasi, pintasan papan kekunci yang mudah dan penyegerakan automatik dengan Microsoft Outlook.
-
Helaian
Ulas, bekerjasama dan edit hamparan dengan pembaca skrin dan sediakan pintasan papan kekunci mudah.
-
Lukisan
Edit lukisan dengan pembaca skrin dan gunakan paparan braille untuk membaca dan memasukkan teks.
-
Hangouts Meet
Gunakan Hangouts Meet dengan pembaca skrin dan sari kata langsung. Anda juga boleh menambahkan pintasan papan kekunci untuk Hangouts, sambungan Chrome Hangouts dan apl Hangouts.
-
Drive
Muat naik, buat, edit dan kongsi fail dengan Drive di web. Gunakan alatan kebolehaksesan dan penyesuaian untuk memanfaatkan Drive bagi pelajar dengan pelbagai keperluan.
Lihat cara G Suite memperkasakan lebih ramai pelajar untuk mengambil bahagian dan berjaya
Lihat semua kajian kes-
Perbandaran Harrison mendapat faedah daripada alatan kebolehaksesan
Guru menggunakan ciri kebolehaksesan yang tersedia pada Chromebook daerah untuk membantu lebih ramai pelajar.
-
Daerah Upper Grand Ontario memberikan akses yang sama kepada alatan pembelajaran menggunakan Chromebook
Ciri teks ke pertuturan dan pertuturan kepada teks telah membawa perubahan kepada daerah ini
-
Mewujudkan budaya "kebolehcapaian untuk semua" dalam bilik darjah melalui teknologi
Ciri kebolehaksesan dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk semua pelajar — tanpa membezakan pelajar yang berlainan upaya.