Kuasa G Suite for Education, ditambah alatan premium dan kawalan keselamatan yang dipertingkat
Dapatkan akses kepada alatan keselamatan dan pentadbiran bertaraf perusahaan sambil memberi pengajar lebih banyak kuasa untuk bekerjsama dan berkomunikasi.
Kawalan pentadbir lebih maju digabungkan dengan alatan yang mudah digunakan
G Suite Enterprise for Education delivers all the functionality of G Suite for Education, plus premium features like enhanced security tools, more control over data, and robust video meeting capabilities.
Keterlihatan dan kawalan, semuanya di satu tempat
Lihat aktiviti di seluruh domain anda, tangani ancaman keselamatan dengan cepat dan urus kebenaran data dengan mudah menggunakan kawalan pentadbiran terpusat.
Alatan komunikasi untuk zaman moden
Membolehkan pengajaran dan pembelajaran dibuat dari mana-mana sahaja menggunakan alatan komunikasi yang mampu menampung mesyuarat penstriman langsung dan rakaman yang lebih besar.
Data penggunaan mengikut kehendak anda
Buat keputusan yang lebih termaklum dengan data penggunaan apabila anda mengeksport data tersebut untuk dianalisis di BigQuery.
Kuasa pada harga yang berpatutan
Dapatkan ciri premium yang dibina untuk memenuhi keperluan yang kukuh, tetapi diberikan diskaun yang tinggi untuk institusi pendidikan.
"Jika kami dimaklumkan tentang kejadian keselamatan e-mel, kini kami dapat melihat data dalam masa nyata dan memulihkan keadaan dalam beberapa minit dengan alat penyiasatan dan tidak perlu menunggu hingga hari berikutnya untuk data tersebut disegerakkan."
Chris Budzynski, Ketua Pegawai Teknologi, Daerah Sekolah Komuniti Huntley 158
Meningkatkan keselamatan, keterlihatan dan kawalan
Cegah, kesan dan urus kejadian keselamatan menggunakan satu papan pemuka yang menyeluruh.
Pencegahan proaktif
Ketatkan postur keselamatan anda di seluruh domain G Suite dengan pemantauan keadaan keselamatan dan syor amalan terbaik daripada Google.
Pengesanan lebih maju
Kesan dan tangani risiko keselamatan di seluruh organisasi anda menggunakan analitis keselamatan dan cerapan yang boleh diambil tindakan daripada papan pemuka pusat keselamatan.
Pemulihan segera
Pulihkan serangan seperti perisian hasad, pancingan data dan spam, dengan alat penyiasatan, yang membolehkan anda memperincikan masalah, menyaring dan mengambil tindakan daripada konsol pusat.
Lakukan pelbagai perkara dengan data anda
Buat keputusan berdasarkan data penggunaan dengan mengeksport data tersebut untuk dianalisis menggunakan alatan pilihan anda.
Eksport log Gmail dan data penggunaan
Eksport log Gmail dan data penggunaan sekolah anda ke BigQuery, dengan kebebasan untuk menggunakan alatan anda sendiri untuk analisis lebih lanjut.
Urus destinasi data anda
Kekalkan kawalan terperinci terhadap lokasi geografi data G Suite anda dengan rantau data, iaitu ciri yang membolehkan anda menyediakan dasar untuk menyimpan data anda yang dilindungi sama ada di Amerika Syarikat atau Eropah.
Jadikan mesyuarat lebih berkesan
Bantu pengguna akhir bekerjasama dengan lebih cekap dan berkesan dengan keupayaan canggih dalam Hangouts Meet.
Rakam mesyuarat dan simpan secara automatik ke Drive
Strim langsung sehingga 100,000 titik akhir
Host larger video meetings with up to 250 participants
Analisis kerja pelajar untuk mengetahui keaslian kerja itu, terus dari dalam antara muka penggredan anda.
Laporan keaslian yang tersedia dalam Bilik Darjah dan Tugasan dapat membantu pelajar menambah baik penulisan mereka dengan membenderakan petikan yang diperlukan sementara turut menyediakan cara yang pantas dan mudah kepada fakulti untuk mengesahkan integriti dan keaslian akademik. Anda mendapat akses tanpa had kepada laporan keaslian menggunakan G Suite Enterprise for Education.
Dapatkan bantuan apabila anda memerlukannya
Akses sokongan yang dipertingkatkan dengan masa tindak balas yang lebih cepat daripada pasukan pakar produk yang berdedikasi. Sokongan yang dipertingkatkan tersedia untuk institusi yang membeli lebih daripada 200 lesen G Suite Enterprise for Education.
Bermula
Sediakan dan ketahui cara menggunakan alat kawalan canggih dan bertaraf perusahaan dalam G Suite Enterprise for Education.
Bandingkan edisi
Tidak pasti edisi G Suite yang sesuai untuk anda? Teroka kedua-dua pilihan sebelah-menyebelah.