Dapatkan Sijil Pendidik Tahap 1 anda
Tunjukkan kecekapan anda dan dapatkan pengiktirafan atas kepakaran anda dengan pensijilan Pendidik Tahap 1.
Ambil peperiksaan pensijilan anda
Sahkan kecekapan anda dalam produk Google for Education. Dapatkan maklumat tentang pensijilan pendidik dan ambil peperiksaan Pendidik Tahap 1 apabila anda sudah bersedia.
Pilih platform kod baucar anda
Lihat contoh di bawah dan pilih kod baucar yang paling sesuai mewakili baucar anda untuk meneruskan proses pendaftaran pensijilan.
Contoh baucar Kryterion
- Mempunyai 16 aksara, abjad angka
- Menggunakan kedua-dua huruf besar dan kecil
Contoh baucar ProctorU
- Mempunyai 10 aksara, abjad angka
- Semua huruf kecil
Perlukan lebih bantuan berkaitan pendaftaran? Lihat Soalan Lazim kami.
Langkah demi langkah
Ikut langkah ini jika anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan
Buat akaun
Sediakan atau log masuk ke profil penguji anda dalam Kryterion.
Pilih peperiksaan
Daftar untuk mengambil peperiksaan anda dalam Kryterion. Peperiksaan tersedia untuk pembelian berdasarkan percubaan peperiksaan anda yang sebelumnya. Lihat Soalan Lazim kami tentang mengambil semula peperiksaan bagi mendapatkan butiran lanjut.
Terima bukti kelayakan peperiksaan
Tambahkan admin@myeducert.org pada kenalan anda. Anda akan dijemput untuk mengambil peperiksaan oleh penghantar e-mel ini apabila domain peperiksaan anda diperuntukkan (proses ini boleh mengambil masa sehingga 24 jam).
Lancarkan peperiksaan
Log masuk ke platform peperiksaan pensijilan dengan bukti kelayakan peperiksaan anda. Sila ingat bahawa ini ialah alamat e-mel yang berakhir dengan @myeducert.org, BUKAN akaun Google Workspace atau Gmail peribadi anda.
Dapatkan pengiktirafan
Jadikan diri anda seorang pendidik unggul dan dapatkan pengiktirafan atas kerja yang telah anda lakukan
Tunjukkan kecekapan
Maju ke hadapan dalam pembangunan profesional anda sambil mengesahkan kecekapan anda menggunakan alatan Google untuk bilik darjah.
Tinggalkan kesan yang lebih besar
Libatkan pelajar anda dan lakukan pelbagai lagi perkara bersama mereka melalui teknologi.
Saya melakukan kerja yang saya sukai dan ingin menjadi lebih baik. Berusaha untuk mendapatkan Sijil Tahap 1 membolehkan saya memperoleh keyakinan dan pemahaman tentang cara menggunakan alatan Google di dalam bilik darjah. Ini benar-benar telah mengubah tingkah laku dan pandangan saya sebagai seorang pendidik.
Sam Brooks, Penyelaras Pembelajaran Peribadi, Cookeville, Tennessee
Tidak pasti sama ada anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan? Berikut ialah beberapa cara anda boleh membuat persiapan.
Walaupun tidak wajib untuk peperiksaan pensijilan Tahap 1, Latihan Asas dan mencuba soalan contoh akan membantu anda membina kecekapan dan menyediakan anda untuk mengambil peperiksaan.
Terokai soalan lazim
Lihat semua Soalan Lazim umumGoogle Certified Educator exam
The button below leads to the platform where you can register for the Google Certified Educator exams.
If you are using a Google Workspace for Education account and you aren’t able to access the link above, then please contact your domain administrator. Alternatively, you can return to this page while logged into a different Google account.
Google Certified Educator exam
The button below leads to the platform where you can register for the Google Certified Educator exams.
If you are using a Google Workspace for Education account and you aren’t able to access the link above, then please contact your domain administrator. Alternatively, you can return to this page while logged into a different Google account.
Hubungi pasukan sokongan kami
Perlukan bantuan berkaitan pensijilan atau peperiksaan Pendidik Google Tahap 1? Hubungi Pasukan Sokongan.